Saturday 8 August 2009

Seruan berjuang menegakkan Islam

Seruan
bersama berjuang menegakkan Islam. Bantu edarkan pernyataan dan video
di bawah kepada semua blog. Emailkan, print dan poskan kepada semua
Muslim. Gunakan software di bawah untuk memuat turun video dan
jadikannya DVD/VCD. Buat satu salinan video dan edarkan kepada rakan
terdekat, dan meminta mereka melakukan perkara sama. Hantarkan kepada
ulama dan ahli agama, pemimpin, hakim, peguam, pelajar dan semua
Muslim untuk sama-sama mendapat kesedaran dan berjuang melakukan
perubahan.

Saya kini meneruskan dengan pernyataan
saya.

Persoalan pertama kenapa orang Islam zaman ini menjadi
lemah dan dipandang hina? Saya hanya menyentuh 2 sebab utama:
(a)
Kerana Perlembagaan kita meninggalkan Al-Quran dan Sunnah sebagai
sumber undang-undang utama, dan mengambil undang-undang Inggeris
sebagai kitab kita.
(b) Kerana kita hakikatnya adalah musuh Allah
SWT dan Rasulullah SAW kerana mengambil riba dalam kehidupan harian
kita.

SEBAB
PERTAMA (PERLEMBAGAAN):
Sumber
dan pemakaian undang-undang kita berdasarkan undang-undang Inggeris,
yang mana sepenuhnya dikuasai Freemason.

Freemason atau
lebih dikenali Knight's Templer, adalah musuh umat Islam dalam
perebutan Jerusalem. Mereka dipenjarakan di France apabila murtad
dari Kristian setelah mengamalkan sihir purba dan beragama menyembah
syaitan.

Mereka berjaya melepaskan diri ke Scotland dan
menguasai Britian, Eropah serta Amerika Syarikat. Dengan penguasaan
ke atas negara-negara besar, mereka kemudian menjajah negara-negara
Islam dan tanpa sebab rasional, memberikan kemerdekaan mudah kepada
semua negara jajahannya.

Ini kerana berundur atas dasar
strategi apabila berjaya menguasai sistem eksekutif, kehakiman dan
perundangan negara kita. Mereka mengenepikan Al-Quran dan Sunnah
dengan meletakkan perlembagaan mereka yang memberi kuasa ke atas
pemakaian undang-undang mereka.
Semenjak itu, hakim-hakim membuat
keputusan berdasarkan undang-undang Freemason. Undang-undang
bertujuan memanipulasi dan mensekularkan umat Islam. Mereka
meletakkan konsep "precedent", iaitu hakim tidak boleh
membuat keputusan bercanggah keputusan mereka (sila rujuk kesemua
video di bawah). Semenjak itu segala undang-undang dan polisi negara
ini dibentuk dari acuan mereka dan berjaya mensekularkan serta
melemahkan orang-orang Islam.

PENYELESAIAN
PERTAMA:
Wahyu
pertama diturunkan memerintahkan kita mencari ilmu ("Bacalah
(Muhammad) dengan nama TuhanMu"; Surah Al-Ala1:1). Oleh itu
penyelesaian pertama kepada situasi ini adalah ilmu.
Ilmu
terpenting untuk mengembalikan kekuatan umat Islam ialah mengetahui
bagaimana Freemason berjaya melemahkan dan menguasai tubuh, minda dan
jiwa orang Islam. Freemason hari ini adalah kerajaan besar di dunia,
pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan majikan dalam sebahagian besar
industri hari ini.

Kita perlu mengkaji kembali "sejarah"
bagaimana penyembah syaitan Freemason berupaya menguasai kerajaan
England. Ini kerana keseluruhan sistem perundangan dan pemerintahan
kita berasaskan undang-undang England. Negara ini adalah penjajah
bertanggung-jawab membentuk sistem pemerintah, perundangan dan
kehakiman negara kita. Sistem inilah yang membentuk polisi yang
menguasai tubuh, minda dan jiwa kita agar menjadi golongan sekular
yang menolak agama. Matlamat utama mereka ialah untuk membentuk
kepercayaan kita menyamai kepercayaan mereka.

Setelah
mengkaji sejarah dan mengetahui matlamat serta kaedah mereka (rujuk
video), perkara kedua terpenting ialah berjuang meminda Artikel 4
Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan perlu dipinda untuk meletakkan
kembali Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama undang-undang di
Malaysia. Rakyat perlu berjuang meminda Artikel 4 Perlembagaan
Malaysia memasukkan peruntukan seumpama di bawah:—

"..God's
Book and the Sunnah of His Prophet (peace be upon him) is the
Constituion of the Federation and any law which is INCONSISTENT with
this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, BE
VOID.."

Pindaan ini akan menjadikan membatalkan
segala undang-undang yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.
Sistem Mahkamah akan digantikan Mahkamah Syariah. Akibatnya kita
bebas daripada undang-undang ciptaan Freemason, tetapi mengikut
"precedent" undang-undang Arab Saudi yang ribuan tahun
telah mengamalkan undang-undang Al-Quran dan Hadis sebagai sumber
undang-undang utama.

Persoalan selanjutnya ialah adakah
kita mempunyai pilihan tidak mengubah undang-undang ini? Saya percaya
kita boleh lupakan untuk hidup dan mati sebagai orang Islam jika
tidak mengubah undang-undang ini. Ini adalah bukan pernyataan saya
tetapi pernyataan dari Allah SWT sendiri. Mari kita lihat maksud ayat
di bawah:-

"..dan
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir.."; Surah
Al-Maa'idah:44

"..Sesudah
itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum Jahiliyah? Padahal
kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada siapa boleh
membuat hukum yang lebih baik daripada Allah..."; Surah
Al-Maaidah:50

Maksud
ayat di atas adalah begitu jelas dan tanpa memerlukan sebarang
terjemahan lagi. Namun, saya pasti ramai yang akan tetap berhujah
undang-undang Allah tidak sesuai, sepertimana diucapkan di televisyen
dan masyarakat keseluruhannya, terutamanya dari orang tidak beragama
Islam (kafir).

Seperkara penting ialah bantahan mereka
tidak utama dan sekadar ujian kepada orang Islam. Perkara utama ialah
kita berjuang di pihak Allah. Kemenangan atau kekalahan tidak
penting. Sekiranya kemenangan itu utama, maka Allah dengan sekelip
mata dapat memenangi peperangan ini tanpa sebarang bantuan. Kalah
atau menang adalah ujian ke atas keimanan kita semata-mata. Seperkara
yang pasti, akan tiba satu hari nanti di mana hujahan mereka didengar
kembali di Mahkamah Allah.

Selanjutnya, sebahagian besar
sistem hari ini adalah berasaskan sistem mereka. Malahan kita
bermati-matian menguatkan sistem mereka, samada di persidangan dalam
negeri atau luar negeri. Namun itu keterangan Allah menyatakan kita
bukan dari golongan Islam apabila mengambil sistem dan mengangkat
mereka sebagai pemimpin ikutan kita (awliya). Kita akan hidup dan
mati sebagai orang Kristian dan Yahudi.

"..Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi
dan Nasrani itu sebagai pemimpin (awliya), kerana setengah mereka
menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain. dan sesiapa di
antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin (awliya), maka
sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka.."; Surah
Al-Maa'idah:51

Keterangan
di atas merujuk zaman hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian tidak
menjadi teman rapat sesama mereka pada zaman dahulu. Sebab utama
ialah Kristian menyatakan Yahudi bertanggung-jawab membunuh Jesus,
iaitu tuhan mereka. Namun itu dan sebaliknya, Yahudi dan Kristian
hari ini bekerjasama menguasi dunia. Mereka bersama bantu membantu
menguasai dunia dan menyerang negara Islam. Oleh itu keterangan
merujuk kepada zaman kini dan kita akan hidup dan mati sebagai Yahudi
dan Kristian apabila tidak mengembalikan undang-undang Allah dan
Sunnah.

SEBAB
KEDUA (RIBA):
Faktor
kedua kelemahan orang Islam kerana kita hari ini berperang menentang
Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kita adalah musuh Allah dan RasulNya.
Ini kerana kita mengambil riba dalam setiap masa dalam kehidupan
kita, iaitu pinjaman pelajaran, pinjaman rumah dan kenderaan,
simpanan bank, ASB dsbnya.

Riba terbesar ialah menggunakan
wang kertas. Ya! wang kertas adalah riba!! Semenjak 1991, ulama
mengeluarkan fatwa wang kertas adalah riba dan operasi bank (termasuk
bank islam) adalah perdayaan. Sistem wang kertas adalah kunci
kekayaan utama bagi penyembah syaitan Freemason, dan kunci utama
penguasaan kekayaan tidak dibayangkan. Rothschilds sahaja dianggarkan
mempunyai wang sebanyak 500 Trillion, iaitu separuh daripada seluruh
kekayaan dunia, dan mengalahi hutang negara Amerika Syarikat yang
hanya 45 Trillion dan hutang kerajaan Malaysia berjumlah 286
billion.

Kekayaan ini membolehkan mereka menguasi hampir
keseluruh industri dunia dengan mudah. Sistem wang kertas memberikan
mereka kuasa mencipta wang atas angin!!! (samalah seperti
mengeluarkan cek tendang, tanpa perlu mempunyai wang dalam bank).
Sistem ini memiskinkan, memperhambakan dan melemahkan umat dan
seluruh negara Islam. Pemuda Ottaman yang dahulunya pendekar tetapi
hari ini menjadi migrasi bekerja sebagai penjaga pam di stesen minyak
New York.
Negara-negara Islam yang Allah kurniakan dengan kekayaan
semulajadi menjadi negara miskin dan hidup dalam kelaparan serta
kesengsaraan. Negara mereka yang ketiadaan sumber menguasai kekayaan
negara Islam dengan murah (kerana beli dengan cek kosong). Oleh
kerana manipulasi sistem wang kertas , fatwa dikeluarkan untuk
berjihad fisabillah ke atas sistem perbankan dan kembali menggunakan
wang sunnah Dinar Emas dan Dirham.

Kita perlu berjuang
untuk menghapuskan sistem riba wang kertas, dan kembali kepada wang
sunnah Dinar Emas dan Dirham. Adakah anda tahu dosa ditanggung
mengambil riba?

"...Ribâ
itu mempunyai 73 jenis; sedangkan yang paling ringan adalah seperti
seseorang yang bersetubuh dengan ibunya…" [HR. Ibnu Majah dan
Al-Hakim, no. 2275, dari Ibnu Mas'ud dengan sanad shaih].
"...Satu
dirham (+/- RM14) yang diperoleh seseorang dari hasil riba lebih
besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina dalam Islam..."
[HR. Baihaqi dari Anas bin Malik]

Hadis
menyatakan pemberi riba, pengambil riba, perekod riba (pekerja bank),
dan saksi seperti peguam, hakim, pendaftar mahkamah, saksi
perbicaraan, ulama dan ustaz, pengubal undang-undang dsb adalah sama
(kerana maksud saksi ialah sesiapa sahaja yang mengesahkan kebenaran
perjanjian riba sebagai perjanjian yang sah). Mereka menanggung dosa
yang sama.

Jabir
r.a. meriwayatkan:
"..Rasulullah melaknat pemakan riba,
pemberi riba, penulis dan kedua saksinya... Mereka itu adalah
sama..."; (Muslim)

Oleh
itu dan apabila saya membeli rumah RM100,000 dibayar dalam tempohn 30
tahun, bank akan mengenakan riba sebanyak RM300,000. Maka dosa bagi
jumlah riba ialah RM400,000, atau $28,571 Dirham, iaitu dosa seperti
menyetubuhi ibu sendiri dan sebanyak 1,028,571 kali.
Hadis turut
menyatakan pemberi dan pembil riba, perekod riba (semua lapisan
pekerja bank), dan saksi-saksi seperti peguam, hakim, pendaftar dan
pekerja mahkamah, saksi perbicaraan, ulama dan ustaz, pengubal
undang-undang dsb akan menanggung dosa dan akibat yang sama (ini
kerana maksud saksi ialah sesiapa sahaja yang mengesahkan kebenaran
perjanjian riba sebagai perjanjian sah).

Oleh itu, apakah
pula dosa pekerja bank, peguam dan hakim yang mengendalikan 500 kes
pinjaman bank dalam sebulan? Maka dosa bagi jumlah riba ialah
RM200,000,000 atau $14,285,714 Dirham, iaitu dosa seperti menyetubuhi
ibu sendiri dan sebanyak 514,285,704 kali sebulan, 6.2 billion
setahun, dan 185 billion kali sepanjang tempoh 30 tahun
bekerja.

Apakah dosa ditanggung saksi katergori pemimpin,
pengubal undang-undang dan ulama yang membenarkan undang-undang dan
transaksi riba? Tidak dapat dibayangkan! Mungkin atas sebab ini
terdapat hadis mengatakan ulama dan pemimpian hari ini adalah makhluk
terhina di bawah langit. Namun itu dan lebih memudaratkan, riba
mengakibatkan kesemua ibadah kita tidak diterima Allah. Kita akan
dimasukkan neraka, dan kekal selama-lamanya di dalam
neraka.

"..Oleh
itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba
itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan
RasulNya..."; Surah Al-Baqarah:279

*Catatan:Apakah kemunasabahan ibadah selama ini diterima Allah SWT apabila
hakikatnya kita berperang menentang Allah, dan kekasihNya Rasulullah
SAW? Tidak munasabah mengharapkan ibadah diterima apabila bukan
sekadar bermusuh (tidak melibatkan membunuh), tetapi berperang
menentang Allah SWT dan kekasihNya, Nabi Muhammad SAW (melibatkan
membunuh).

"..Dan
sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka
mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya.."; Surah
Al-Baqarah:275

Keterangan
jelas menyatakan kita KEKAL dalam neraka. Terjemahan apakah
diperlukan lagi untuk memanipulasi keterangan Allah dan menghalalkan
perkara diharamkan? Namun saya pasti tidak akan kekurangan ulama atau
orang yang berhujah bertentangan maksud ayat tersebut, samalah
seperti dilakukan ahli-ahli kitab terdahulu. Permainan lapuk yang
telah berabad-abad dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani sebelum zaman
ini.

Oleh itu mereka boleh meneruskan hujahan mereka
hingga nafas terakhir. Hanya selepas itu mereka akan mengetahui
sendiri apakah jawapannya. Hujahan mereka akan didengar kembali, dan
malangnya pada masa itu, tiada lagi peluang membetulkan kesilapan dan
hanya mempunyai pilihan menetap selama-lamanya di neraka.

Terdapat
juga sebilangan besar mengatakan "aku ini masih muda dan boleh
bertaubat nanti". Oleh itu persoalan ialah adakah taubat akan
diterima Allah SWT? Cubalah baca dan fahamkan sendiri ayat di
bawah:—

"..Sesungguhnya
penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang
yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka
segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima
Allah taubatnya.."; Surah An-Nisaa:17

"...Sesungguhnya
orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka
beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka
bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak akan sekali-kali
akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk
hidayah kepada mereka ke jalan yang benar..."; Surah
An-Nisaa:137

Keterangan
di atas juga jelas dan tanpa memerlukan sebarang terjemahan. Namun
saya juga pasti pasti mereka ini akan mempunyai terjemahan sendiri
yang bercanggah dengan maksud sebenar ayat tersebut. Silakanlah, dan
Allah akan membiarkan mereka hidup dengan kepercayaan mereka adalah
orang beriman berdasarkan sangkaan semata-mata. Mereka tidak akan
mendapat hidayah hingga nafas terakhir, dan akhirnya mendapati telah
terlampau sesat jauh untuk pulang ke pangkal jalan.

"..Bagaimana
Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur
ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan
bahawa Rasulullah itu adalah benar, dan telah datang pula kepada
mereka KETERANGAN-KETERANGAN YANG JELAS NYATA. Dan (ingatlah) Allah
tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim...";
Surah Ali-Imran:86

"...Katakanlah
(wahai Muhammad): "Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan
orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya? (Iaitu)
orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia
ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik
pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang
kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka... oleh itu gugurlah
amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang
pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak...";
Surah Al-Kahfi:103-106

"...Sesungguhnya
orang-orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah tidak sekali-kali
akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada
mereka..."; Surah An-Nisaa:168

Riba
adalah haram, dan perniagaan adalah halal, dan keterangan ini jelas.
Allah menegaskan keterangan Al-Quran jelas dengan menyatakan
"keterangan-keterangan yang jelas nyata". Oleh itu
bagaimana mereka masih berhujah keterangan Allah masih kabur? Adakah
keterangan Allah kabur atau mereka yang sebenarnya tidak mendapat
hidayah kerana gemar mencampuradukkan iman dengan kezaliman mengikut
hawa nafsu mereka.

"...Orang–orang
yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan
kezaliman, mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan
merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk..."; Surah
Al-An'aam:82

Akibat
tindakan menghalalkan sedikit riba, kini seluruh umat Islam terkorban
dan sudah tidak mengira samada riba atau tidak. Riba yang jelas haram
telah tidak diendahkan. Ini mengakibatkan umat Islam menjadi bangsa
dicaci hina serta menjadi hamba kepada penyembah syaitan Freemason.
Allah menyesatkan sebahagian ulama hari ini tanpa mereka disedari dan
mereka menanggung dosa tidak terbayang.

Saya juga percaya
pasti ramai berhujah menyatakan ini tidak munasabah, kerana jika
benar wang kertas adalah riba, maka hampir semua dimasukkan ke dalam
neraka. Saya khuatiri itulah hakikat dunia hari ini, samada kita suka
atau tidak. Mari kita lihat Hadis qudsi di bawah:

"...Allah
berfirman pada hari kiamat: "Hai Adam! Bangkitlah, siapkanlah
sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu (untuk
ditempatkan) dalam neraka dan satu (di antara mereka itu akan
ditempatkan dalam syurga)." (Ketika Rasulullah menerimanya
kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), baginda menangis
tersedu-sedu, demikian para sahabat lainnya turut menangis lalu
baginda bersabda: "Angkatlah kepalamu, Demi Allah Yang Menguasai
jiwaku. Dibandingkan dengan umat-umat Nabi lain, umatKu hanyalah
bagaikan selembar bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan
yang berbulu hitam..." (Hadis qudsi riwayat Tabrani didalam
kitab al-Kabir dari Abu Darda' r.a.)

Perkara
riba menjadi wahyu yang terakhir, diturunkan dalam kitab yang
terakhir, kepada nabi yang terakhir, dan semasa umur Rasulullah SAW
yang terakhir. Sifat "akhir" pada amaran ini menunjukkan
Allah SWT memberi amaran di sini terkandung bahaya terbesar akan
dihadapi umat akhir zaman.

Namun itu sebahagian ulama dan
pemimpin kita tidur dan lena dibuai nafsu. Akibatnya 99.9% akan ke
neraka dan kekal selamanya di neraka. Mungkin atas sebab riba maka
hadis tiada lagi orang beriman dan mengucapkan kalimah pada akhir
zaman menjadi benar. Ini kerana daripada hadis kita dapat ramalkan
sekarang dimana ramai antara manusia tertipu dengan kesenangan dunia
sekejap cuma kerana menurut hawa nafsu dan hidup melanggar ketetapan
agama Allah ini.
Mereka mengubah maksud Al-Quran untuk mengejar
keuntungan dan memakai prinsip ekonomi kafir berasaskan kapitalisma,
sistem yang menindas kepentingan masyarakat demi keuntungan lumayan
beberapa orang individu. Mereka meninggalkan prinsip ekonomi Islam
yang memfokuskan kehidupan dan kesejahteraan semua manusia, dan bukan
sekadar kekayaan beberapa orang.
Dalam itu, ramai yang samada
sedar atau tidak, keluar dari garisan yang dibenarkan. Bila
kapitalisma menjadikan sekadar beberapa orang kaya dengan sebahagian
besar populasi dunia sengsara serta kelaparan, mereka masih tidak
sedar sehingga menyangkakan penyelesaiannya ialah membenarkan lebih
banyak transaksi riba. Akibatnya 99.9% akan ke neraka dan kekal
selamanya di neraka.

Kini siapakah yang tidak berakal
menyangkakan Allah SWT akan memberikan laluan mudah untuk kita ke
syurga?
Ujian begitu mudah pada zaman kemunculan Dajjal ini
walaupun nabi-nabi dan banyak hadis menyatakan cabaran zaman ini
adalah paling sukar dilalui? Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah
saw. bersabda,

"…Akan
datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada
agamanya laksana menggenggam bara api…".

Melihat
kembali hakikat kehidupan kita hari ini, ianya terlalu mudah untuk
kita katakan telah melalui ujian Allah yang sukar. Kehidupan hari ini
bukan bara api, tetapi air yang sejuk! Hanya orang yang mengenggam
bara api akan dimasukkan ke syurga. Oleh itu dan sekiranyalah
kehidupan sebegini dianggap ujian yang sukar, maka ianya bercanggah
hadis yang menyatakan ujian terbesar adalah pada akhir zaman (zaman
kemunculan Dajjal). Adalah sangat tidak masuk akal Allah memberikan
ujian tersangat mudah, kecualilah kita sendiri yang beriman dengan
sangkaan semata-mata.

"...Adakah
kamu menyangkakan bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi
nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang
berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi)
nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam
perjuangan)?..."; Surah Ali-Imran:142

Ramai
juga yang percaya alasan darurat kerana seringkali mendengar ceramah
sebahagian besar ulama dan ustaz mendakwa pinjaman riba dibolehkan
atas dasar darurat. Saya sesungguhnya percaya alasan ini tidak masuk
akal dan bercanggah dengan Al-Quran.

Pertamanya bagaimana
boleh dikatakan darurat untuk membuat pinjaman beli rumah jika kita
masih boleh menyewa rumah? Bagaimana boleh dikatakan darurat untuk
membuat pinjaman kenderaan sekiranya masih boleh berjalan kaki atau
menaiki kenderaan awam? Keduanya saya dapati ianya bercanggah dengan
keterangan di bawah:

"..Sesungguhnya
orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang
menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam
dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh
malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan
mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: Kami dahulu adalah
orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah
bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas
padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya,
tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu
adalah seburuk-buruk tempat kembali.."; An-Nisaa:97

Ini
disokong dengan fakta sejarah Hijrah ke Madinah bagi membolehkan
orang Islam mengamalkan cara hidup sebagai orang Islam. Selanjutnya
disokong cerita dalam Surah Al-Kahfi, iaitu kisah Ashaab'ul ul-Kahfi
dan Ar'Raqiim. Mereka berhijrah apabila tidak berupaya mengamalkan
cara hidup Islam di bawah pemimpin zalim. Kesemua fakta ini tidak
membenarkan alasan darurat. Pengajaran ini juga disokong hadis
Rasulullah SAW, yang memerintahkah kita mengasingkan diri, walaupun
terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga kita mati. Hadis Rasulullah
SAW, Hudhayfah ibn al-Yaman:

"...Orang
biasa bertanya kepada Nabi tentang kebaikan, sedangkan saya bertanya
tentang kejahatan, kerana saya bimbang kejahatan itu akan menimpa
saya. Lalu saya berkata, `Wahai rasul Allah! Kami sebelum ini dalam
keadaan kejahilan dan kejahatan, lalu Tuhan mendatangkan kebaikan
kepada kami. Akan berlakukah kejahatan lagi selepas kebaikan ini?'
`Ya,' jawab Nabi.
`Dan adakah kebaikan akan kembali lagi selepas
kejahatan ini?' saya bertanya. Nabi menjawab, `Ya, tetapi ia
bercampur-baur dengan kejahatan.' `Apakah kejahatan itu?' saya
bertanya. Nabi menjawab, `Setengah orang akan mengikut selain
daripada sunnahku dan akan memimpin mereka ke jalan lain daripada
jalanku. Setengah perbuatan mereka baik, setengah jahat.'
Saya
bertanya, `Adakah akan wujud kejahatan lagi setelah kebaikan
(campuran) ini?" Beliau menjawab, `Ya, pendakyah-pendakyah yang
berdiri di pintu neraka; barangsiapa mendengar mereka kan mereka
campakkan ke dalamnya.' `Terangkanlah kepada kami sifat-sifat mereka,
wahai rasul Allah!' saya meminta. Nabi berkata, `Mereka dari bangsa
kita dan bercakap bahasa kita.'
Apakah perintahmu kepadaku jika
aku berada di dalam keadaan itu?' saya bertanya. Nabi berkata,
`Ikutlah puak majoriti orang-orang Islam (ummah) dan pemimpin mereka
(khalifah).' `Tetapi jika mereka tidak ada puak majoriti atau seorang
pemimpin?' saya bertanya.
Nabi menjawab, `Jika demikian,
tinggallah semua puak walau kamu terpaksa berpaut kepada akar pokok
hingga kamu mati...'; (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis
di atas menyokong dan tidak bercanggah Surah An-Nisaa:97 dan Surah
Al-Kahfi. Hadis jelas mencerminkan tiada alasan darurat dan
menyarankan pengasingan diri bagi membela agama Allah. dan
mengamalkan hidup cara Islam. Hadis turut menjelaskan 5 zaman telah
kita lalui:

1. Zaman Jahilliyah
2. Zaman bidaah
3.
Zaman ulama memanggil kita masuk ke neraka
4. Zaman institusi
Khalifah dan Jemaah
5. Zaman ketiadaan institusi Khalifah dan
Jemaah (mengasingkan diri)

Institusi Khalifah dan Jemaah
telah tiada hampir 100 tahun lepas (1921). Oleh itu, zaman ulama
mengeluarkan pernyataan palsu telah lama berlalu. Sebahagian ulama
hari ini hanyalah warisan dari sifat ulama dahulu yang gemar
menghalalkan apa diharamkan Allah (ulama jahat).

Oleh itu
untuk memahami bagaimana sebahagian ulama berani menghalalkan riba
adalah bukan suatu yang pelik. Ini kerana Rasulullah telah dari awal
memberi amaran dan banyak hadis yang menyokong situasi sekarang ini.
Ianya bukan sesuatu yang pelik kerana telah lama dinyatakan dalam
Al-Quran. Ianya bukan lagi satu permainan baru, tetapi permainan yang
telah lama dan lapuk.
Kita hari ini sebenarnya hidup di zaman
sebahagian besar ulama menjadi jahat. Allah SWT menjadikan menjadikan
mereka ini sebagai umat paling hina.

"...Sesungguhnya
orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari
keterangan yang jelas dan petunjuk setelah kami nyatakan kepada
manusia dalam al-Quran, mereka dilaknati Allah dan dilaknati semua
makhluk yang dapat melaknati mereka..."; Surah
Al-Baqarah-159

Langkah
mesti diambil mengenal pasti ulama sejati dan ulama jahat. Dari aspek
ini, Said Hawwa dalam kitabnya 'al-Assasu fi-Tafsir (1985) mengupas
pendapat Ibnu Mas'ud dan menyatakan ulama bukanlah sekadar yang
mempunyai banyak ilmu tetapi juga orang yang banyak 'khasyyah' (takut
dan cinta yang tinggi) kepada Allah". Mereka menjadi pemimpin
umat menegakkan agama Allah dan sanggup mengatakan perkara yang
hak.

Selanjutnya adakah ulama jahat wujud? Apakah itu
ulama jahat? Rasulullah menyebut dalam beberapa hadisnya bahawa ada
orang yang berilmu, mengetahui halal-haram, mengetahui hak dan batil
dan memahami al-Quran serta al-hadis tetapi mencampur-adukkan perkara
yang hak dan yang batil. Inilah dikatakan ulama menyeleweng (ulama
syirar, as-syin, fasik).

Mereka ini ulama yang berusaha
menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi
diam-diam mengejar kedudukan dan harta duniawi. Rasulullah
bersabda: "Ketika seseorang dicampakkan ke dalam neraka jahanam
pada hari kiamat dan bertaburan isi perutnya, ahli neraka lain
bertanya: "mengapakah anda jadi begini sedangkan anda sentiasa
menyuruh kami berbuat baik dan mencegah kemungkaran?" Dia
menjawab: "Ya benar saya menyuruh kamu semua berbuat baik tetapi
saya tidak melakukannya dan saya yang melarang anda tidak
melakukannya tetapi saya sengaja melanggarnya." (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)

Ulama
jahat menghalalkan riba melalui "Islamic Banking" dan
mereka malahan turut bersama mengamalkan pinjaman kenderaan, pinjaman
rumah, pinjaman pelajaran, dan menyimpan wang di bank kafir serta
membuat pelaburan-pelaburan haram. Mereka ingin menurut nafsu mereka
memiliki rumah dan kenderaan yang sempurna supaya tidak dihina
masyarakat dan kelihatan berjaya. Mereka enggan kelihatan miskin dan
kelihatan tidak berjaya.

Untuk menutupi kejahatan ini,
mereka menghalalkan riba dan mengakibatkan ibadah masyarakat Islam
tidak diterima. Perbuatannya mengakibatkan seluruh masyarakat Islam
kekal selama-lamanya di dalam neraka. Dalam pada itu ada yang tidak
sedar dan mengeluarkan fatwa tanpa mempunyai pengetahuan. Rasulullah
ada bersabda mengenai ulama jahat yang berfatwa tanpa ilmu
pengetahuan.

Daripada
Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan)
akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt.
menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila
sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang
yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil
itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. mereka
sesat dan menyesatkan orang lain." (H.R. Muslim)

Hadis
merujuk kepada sebahagian besar ulama hari ini. Ini kerana ulama hari
ini tiada pengetahuan mencukupi dalam ilmu kewangan tetapi
mengeluarkan fatwa menghalalkan transaksi bank islam. Ilmu bukan
sekadar penguasaan ilmu agama, tetapi merujuk pengetahuan segala
ilmu, termasuklah sejarah, ekonomi, perbankan dan berkaitan kewangan.
Pada masa sama ini bermaksud usaha Freemason mewujudkan sistem yang
mengasingkan agama dan ilmu selainnya berjaya dan ini mewujudkan
ulama-ulama jahat.

Mereka adalah ulama-ulama yang sesat
dan menyesatkan orang lain. Saya ingin membangkitkan sedikit
persoalan tentang tindakan ulama menghalalkan bank islam dan
transaksi riba.
Hakikat wang kertas atau lebih dikenali sebagai
"Bank Note" adalah sebenarnya "promissory note"
(Surat I.O.U atas surat hutang kerajaan) yang tidak mempunyai nilai
sebenar (kertas). Ya!! nota bank adalah kertas hutang kerajaan kita
daripada Bank Negara, sama seperti perjanjian lainnya (definisi Bank
Note: Wikipedia: A banknote (often known as a bill, paper money or
simply a note) is a kind of negotiable instrument, a promissory note
made by a bank payable to the bearer on demand, used as money, and in
many jurisdictions is legal tender)
Selanjutnya, Bank tidak pernah
mempunyai wang untuk dipinjamkan. Tidak munasabah bank mempunyai wang
yang begitu banyak untuk memberi pinjaman serentak kepada
berjuta-juta orang bagi membeli kereta, rumah, pinjaman perniagaan
dan pemaju, kad kredit, pinjaman perdagangan dan pada masa sama,
tidak pernah melarang kita mengeluarkan duit kita dengan alasan duit
kita sedang dipinjamkan kepada orang lain.

Bank tidak
meminjamkan wang, mereka mencipta wang melalui Fractional Reserve
System, atau di Malaysia, dikenali sebagai Statutory Reserve System
(rujuk video how money is created). Oleh itu apakah jawapan
sebahagian ulama-ulama ini kepada persoalan di bawah:—

(a)
Bagaimana perjanjian hutang menjadi halal apabila bank tidak
meminjamkan wang, tetapi mencipta wang selepas pelanggan
menandatangani perjanjian? Bank tidak mempunyai apa-apa sebelum
perjanjian ditandatangani.

(b) Peminjam pihak tunggal
menawarkan aset bernilai , dan bank tiada sebarang kerugian jika
tiada bayaran kembali. Bank turut tidak perlu membayar kepada Bank
Negara kerana tidak meminjam dari Bank Negara, tetapi mencipta wang.
Jikalah bank dikehendaki membayar Bank Negara, maka pengaliran wang
dalam ekonomi tidak akan berkembang. Oleh itu, tindakan bank yang
tidak mempunyai apa-apa tetapi memeras keringat peminjam dan melelong
rumah adalah adil dan halal dalam Islam?

(c) Bagaimana
wang kertas yang hakikat adalah sendirinya riba, boleh menghalalkan
perjanjian pinjaman? Bagaimana halal boleh terjadi dari sesuatu yang
haram?
(d) Bagaimana Islam boleh membenarkan pinjaman dibayar
menggunakan pinjaman lainnya (iaitu wang kertas yang hakikatnya ialah
Promissory Note)? Bukankah dalam Islam perjanjian pinjaman hanya
terhad kepada dua pihak, dan tidak boleh berulang-ulang kali
bertukar-tukar dari tangan ke tangan lain dalam ekonomi?

(e)
Bagaimana wang kertas (fiat money) yang "nilainya"
berasaskan paksaan undang-undang, boleh menjadi halal dan mempunyai
nilai sebenar di sisi Islam? Hakikatnya wang kertas adalah sekeping
kertas yang tiada nilai tersendiri, Bagaimana sebahagian ulama ini
boleh menyatakan kertas itu mempunyai nilai dalam Islam? Adakah Islam
membenarkan undang-undang kerajaan mengubah kertas menjadi satu yang
bernilai seperti emas dan perak?
(f) Bagaimana pinjaman wang
kertas RM100,000, yang mana selepas 20 tahun nilai menyusut kepada
jatuh RM70,000 boleh menjadi halal? Bukankah ini pengurangan 30%
nilai secara penganiayaan dan tidak adil?

Jawapan
persoalan ini akan membuktikan sebahagian ulama membuat dusta
terhadap keterangan Allah. Mereka yang melakukan dusta akan
menanggung dosa seluruh umat Islam.
Sekiranya selepas membaca
surat ini mereka masih tidak bertaubat dengan memperbetulkan kesemua
kemungkaran akibat perbuatan mereka, dan berusaha memusnahkan sistem
yang beroperasi akibat tindakan mereka, maka sedarlah, satu hari
nanti mereka juga akan dihadapkan di Mahkamah lainnya. Pada masa itu
tiada lagi jalan kembali dan yang didapati bersalah dimasukkan ke
neraka selama-lamanya.

Oleh itu, pilihan sementara masa
masih ada hari ini ialah berjuang habis-habisan membasmi riba atau
mengasingkan diri.

Surah Al-Baqarah:279 menyatakan
"PEPERANGAN". Peperangan adalah bukan tanggung-jawab
individu, tetapi tanggung-jawab negara dan seluruh orang Islam
berjihad bersama Allah dan Rasulullah SAW membasmi riba dalam
mana-mana negara didudukinya.

Tiada seorang pun boleh
mengamalkan riba tanpa mengira samada dia seorang Islam, Buddha,
Hindu, Kristian atau pun dia pelancong dsbnya. Tiada pengecualian dan
riba sama sekali tidak dibenarkan dalam negara Islam. Ini juga tidak
bertentangan dengan mana-mana agama kerana setiap agama melarang
amalan riba, kecuali agama Yahudi.

PENYELESAIAN
KEDUA:
Seperti
dinyatakan sebelumnya, Inggeris memberikan kemerdekaan mudah kepada
kita kerana mereka keluar secara strategi. Apakah yang telah mereka
kuasai? Mereka menguasi kuasa mencipta wang atas angin (sama seperti
berkuasa mengeluarkan cek kosong tanpa mempunyai wang dalam akaun
bank) dan menjadikan kita semua hamba hutang. Mereka melakukan
perdayaan ini dengan menguasi Bank Negara Malaysia. Mari kita lihat
Akta Bank Negara Malaysia.
Central Bank of Malaysia Act 1958 - 519
Revised 1994

Section 6. (1) The authorized capital of the
Bank shall be two hundred million ringgit.
Section 6. (2) Twenty
million ringgit of the authorized capital shall be subscribed and
paid up by the Government on the establishment of the
Bank.

Berdasarkan undang-undang di atas, fakta didedahkan
ialah:
(a) Bank Negara mempunyai saham sama seperti syarikat
persendirian. Oleh itu Bank Negara adalah syarikat
persendirian.

(b) Kerajaan Malaysia adalah pemegang saham
miniroti (10%). Pemegang saham majoriti (90%) tidak dinyatakan
(dirahsiakan). Rahsia ini dikuatkan dengan undang-undang rahsia
(secrecy) ke atas segala aktiviti Bank Negara Malaysia.

(c)
Oleh kerana kerajaan pemegang saham minoriti, maka Bank Negara badan
bukan kerajaan. Ini kerana kerajaan tidak memiliki saham melebihi
51%.

(d) Bank Negara juga bukan badan kerajaan kerana
kerajaan berhutang dengan Bank Negara. Tidak munasabah kita percaya
kerajaan berhutang dengan kerajaan sendiri. Apakah terjadi sekiranya
kerajaan gagal bayar? Adakah bermaksud kerajaan membankrupkan
kerajaan sendiri?

(e) Ekonomi dan nasib negara kita
diletakkan kepada pemegang saham majoriti tidak kita ketahui. Ini
kerana Bank Negara menentukan jumlah wang dalam pengaliran ekonomi
(demand and supply) dan menentukan setiap perkara kewangan dalam
negara kita.

Fakta menunjukkan Bank Negara adalah bank
persendirian. Ini disokong lambang Bank Negara yang meletakkan,
kononnya gambar rusa. Persoalannya ialah adakah mana-mana rusa
berekor panjang? Binatang seumpamanya dan mempunyai ekor panjang
adalah anjing di sisi patung mesir purba (cuba buat carian Google
Imej: Pharoah Hound).

Simbol mesir purba ini turut
terkandung dalam US Dollar, yang meletakkan simbol piramid pada wang
mereka. Apakah kaitan tamadun Mesir dengan orang Amerika Syarikat?
Ya!! Freemason, kerana mereka adalah pengamal sihir dari tamadun
arab. Kini, apakah yang dapat kita lakukan? Langkah boleh diambil
ialah:

(a) Kita perlu berusaha kembali kepada penggunaan
Dinar Emas dan Dirham dalam segala transaksi kita, dan menghapuskan
undang-undang "legal tender" wang kertas. Pemimpin perlu
mengutamakan rakyat daripada membuat keuntungan berbilion daripada
pihak Freemason ini.

(b) Kita hapuskan Bank Negara dan
bank perdagangan dan menggantikan dengan institusi seperti Baitul
Mal. Contohnya, Panama adalah negara yang tidak mempunyai Bank Negara
dan mempunyai ekonomi yang stabil.

(c) Jangan bantu
mengayakan bank kafir ini dengan menyimpan wang kita dan melabur ke
atas apa-apa pelaburan dalam bank mereka. Tukarkan wang anda kepada
Dinar Emas dan Dirham.
(d) Buat website bagi tujuan penubuhan
persatuan, dan kumpulkan serta gunakan segala wang riba bagi membina
sistem yang dapat menggantikan wang kertas dan bank serta membantu
umat Islam keluar dari sistem riba ini (sila rujuk Fatwa on Banking).
Bina kelompok yang berurus niaga dengan Dinar Emas dan Dirham.

(e)
Jangan selesaikan hutang anda walau apa pun terjadi. Pembayar riba
akan dimasukkan ke dalam neraka selama-lamanya. Jumpa peguam dan
lawan mereka di Mahkamah. Bentangkan video dan berhujah bank
melakukan jenayah penipuan semata-mata. Bank tidak pernah mempunyai
wang untuk mereka pinjamkan pada anda, tetapi mencipta wang selepas
anda menandatangani perjanjian.

Bagi alasan (d), saya
merujuk Al-Baqarah:279, yang mana Allah SWT memerintahkan kaedah
untuk berjihad menentang institusi bank kafir ini.

"...DAN
JIKA KAMU BERTAUBAT, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu...";
Al-Baqarah:279

Bank
layak menuntut hutang pokok sekiranya mereka bertaubat. Ini adalah
mustahil. Oleh itu dan jika mereka tidak bertaubat, adakah mereka
layak menuntut kembali hutang asal dan bunga?
Sudah tentu tidak
dan ini perintah Allah SWT. Oleh itu dan jika Allah SWT memerintahkan
bank tidak layak menuntut kembali, siapakah berani menyatakan bank
layak menuntut kembali? Sudah pasti mereka ini adalah sebahagian
ulama, pemimpin, hakim dan pekerja dan peguam bank.
Usah takut dan
teruskan dengan hujahan. Biarkan mereka membuat apa sahaja keputusan
dalam Mahkamah dunia ini, kerana cuba teka apakah akan terjadi? Satu
hari nanti mereka akan berada di Mahkamah yang lain, dengan saksi
lain, dan di hadapan hakim yang lain, iaitu Allah SWT. Setiap yang
hidup akan mati, dan kepada Allah juga dia dikembalikan untuk
perhitungan. Pada masa itu mereka akan tahu siapakah lebih berhak
membuat undang-undang.

KESIMPULAN
Saya
menyeru kita berpindah masuk ke pihak Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Marilah kita keluar daripada pihak penyembah syaitan Freemason. Kita
telah lama dikuasai dan kesemua negara Islam hari ini diperhambakan
serta hidup dalam amat sengsara. Bagaimanakah sekiranya suami, isteri
atau anak kecil anda dibom oleh mereka? Tidakkah anda pernah
terbayang kita akan turut menerima nasib sama satu hari nanti? Ini
adalah pasti dan dinyatakan dalam Al- Quran. Oleh itu, sudah tiba
masanya kita mengkaji kembali sejarah untuk mendapatkan ilmu dan
berjuang pada jalan Allah.

Bagaimanakah kita berjuang?
Kita berjuang dengan bantu menyampaikan ilmu pengetahuan ini kepada
semua orang Islam, agar kita dapat bersama bangun menentang penyembah
syaitan yang menguasai dunia hari ini. Mereka telah lama melemahkan
kita dengan undang-undang mereka, media, riba dan mengawal seluruh
hidup kita. Mereka mengawal minda anak muda kita hingga anak muda
hari ini berfikiran sekular dan mencari keseronokan semata-mata.
Inilah matlamat mereka, "Novos Ordo Seclorum" yang tertera
pada US Dollar, iaitu The New Secular Order.
Mereka menjadikan
orang Islam hari ini sekadar mengaku Islam di mulut, tetapi malu
dengan agama sendiri dan meletakkan seluruh hati dan jiwa raganya
sekular. Orang Islam hari ini tertarik dan dan berhujah menyokong
kepercayaan golongan kafir ini. Ini jauh berbeza di mana wanita kafir
dahulu kagum dan meniru cara wanita Islam kerana bangga dengan
penghormatan diberikan kepada wanita Islam. Orang kafir dahulu
mencari orang Islam untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah
mereka. Kita perlu kembali kepada zaman ini.

Bantu saya
sampaikan kepada semua blog dan hantarkan kepada pemerintah kita,
ahli agama, hakim dan peguam, ahli politik, surat khabar, dan paling
penting, kepada pelajar atau sesiapa sahaja. Pelajar adalah tiang
utama bagi gerakan menyedarkan kembali mereka yang tua berkarat
akibat telah lama dibuai selesa berselimutkan bantal dan tilam orang
kafir.

Pelajar adalah golongan paling kurang mempunyai
kepentingan, berbanding pihak atasan yang mengejar publisiti murahan,
pangkat, duit rasuah dan riba serta pihak membuat pelbagai
undang-undang zalim.

Moga-moga dengan usaha kecil ini,
kita diberi hidayah dan diselamatkan Allah pada zaman yang kritikal
ini. Pohon maaf sekiranya terdapat perkataan menyinggung hati dan
perasaan. Ianya tidak lain tetapi semata-mata bertujuan mengongcang
hati-hati yang telah lama padam dan mati diracun perdayaan (fitnah)
sistem Dajjal dekad ini. Hati yang lama malap hinggakan sentiasa
bergembira dan menyokong cara hidup orang kafir walaupun 26,000 bayi
mati setiap hari, dan berjuta saudara muslim di bom dan ditembak.

*source - remaja_masjid87 yahoo group

No comments:

Post a Comment