Friday, 17 April 2009

Berangan-angan kosong tidak memberi keuntungan

Assalamualaikum wrt. Saya telah copy&paste article ini dari http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=279 sebagai peringatan kepada kita semua, termasuk diri saya sendiri.


Hadith :
Anas r.a. katanya: “Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda ‘ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati)”.


Riwayat Hadith al-Bukhari



Huraian
1. Islam melarang manusia daripada panjang angan-angan kerana ia akan melalaikan dari beramal dan beribadat kepada Allah
2. Umat Islam hendaklah berhati-hati melakukan sesuatu urusan supaya segala tingkah laku yang dilakukan tidak menjadi sia-sia
3. Manusia suka berangan angan panjang, oleh itu hendaklah ia berwaspada jangan sampai melekakan dan melalaikan sehingga akhir hayat.

No comments:

Post a Comment