Wednesday 15 April 2009

Sahabat

Sahabat,
Setiap hari adalah ujian,
untuk menguji keimanan,
Setiap saat adalah peluang,
Peluang untuk berubah,
ke arah kebaikan,
Peluang untuk bertaubat,
ke arah kebenaran,
Dan, Peluang untuk beramal,
demi menambahkan muka surat baru,
kepada buku amal kita di tangan Raqib

Sahabat,
Janganlah kita lupa,
bahawa dunia ini hanya sementara,
Janganlah kita alpa,
akan tanggungjawab kita,
sebagai manusia, sebagai hambaNya,
Maruah diri, keluarga dan agama,
haruslah kita pelihara,
Janganlah kita terpengaruh,
dengan dusta manusia,
Berparti, menari, bercouple,
Mengapa kita perlu menambahkan dosa kita?
Mengapa kita perlu mengangguk kepala?
Kepada perkara yang hanya akan mendekatkan kita kepada azab api Neraka?
Tidakkah kita diberi akal untuk berfikir?
Tidakkah kita tahu bahawa hari Kiamat akan tiba?
Tidakkah kita diberi mata untuk membaca dan melihat?
Ayat-ayat Allah SWT, menunjukkan petanda-petandanya(kiamat)?
Tidakkah kita tahu membezakan?
Di antara yang baik dan yang buruk?
Yang benar dan yang salah?

Sahabat,
Sesungguhnya dunia ini hanya sementara,
dan kita akan ditanya akan amalan kita,
Maka, marilah kita bersama-sama perbaiki diri,
dengan rahmatNya,
Marilah kita sama-sama dirikan solat,
tunaikan zakat dan kewajipan sebagai seorang Islam,
beramal demi Tuhan kita yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sahabat,
lupakanlah harta benda,
kerna pabila kita meninggal,
kita tidak akan dapat membawanya bersama,
Tinggalkanlah mereka yang tidak halal bagi kita,
kerana ia hanya akan mengundang kita ke Neraka,
Perasaan 'sayang' dan 'cinta',
hanyalah nafsu durjana semata-mata,
Berpautlah kepada Cinta Allah SWT,
kerna Cinta Dialah yang hakiki,
dan yang kekal abadi

Sahabat,
Tinggalkanlah perkara mungkar,
Dan tingkatkanlah amalan kita di dunia,
Moga dengan segala usaha kita menuju keredhaanNya,
akan menjadikan kita hambaNya yang soleh,
dan menempatkan kita di kalangan ahli-ahli Syurga,
di mana ia akan kekal selama-lamanya,
Amin...

No comments:

Post a Comment